movie: Are We Done Yet(2007)

movie: Are We Done Yet(2007)

are-we-done-yet-poster.jpg

Lama aku tak sempat nak tulis apa² kat sini, banyak sangat benda nak kena settlekan sejak kebelakangan ni, so arini satu lagi cerita cam best yang aku tgk aritu, Are We Done Yet?… cerita mengisahkan seorang lelaki yang baru berkahwin dengan seorang janda beranak 2 yang tinggal di sebuah rumah kecik di kotaraya metropolitan. Selepas mendapat berita bahawa bininya sedang mengandung, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah rumah baru di pinggir kota.


Rumah tersebut sangat besar dan indah semasa mereka melawati rumah itu. Mereka telah bersetuju untuk tinggal di situ, namun hari tidak selamanya cerah, malang menimpa satu demi satu, rumahnya itu menimbulkan masalah satu demi satu, bermula dengan masalah elektrik sehinggalah pelbagai masalah lagi.

Keadaan dirumitkan dengan kehadiran chuck selaku jurujual rumah tersebut, juga seorang kontraktor, seorang inspektor dan pelbagai lagi jawatannya yang telah menyebabkan lelaki yang baru berkahwin itu terasa seperti ditipu. Perbalahan demi perbalahan telah berlaku, dan rumah beliau telah di buka sehingga menyebabkan rumahnya seperti rumah yang sedang di pecah.

Ikuti kisah bagaimana masalahnya diselesaikan. Saksikan sendiri… heehhehe….

Komen: Cerita keluarga yang ringkas dan menghiburkan. Jalan cerita yang mudah difahami, dan babak-babak lucu diselitkan dengan babak-babak yang boleh diambil pengajaran sangat menarik. Cerita yang tidak membosankan. So boleh aa tgk yer… hehehehe… selamat²…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
16 July 2007 05:33
0 komen

movie: Sumolah (2007)

movie: Sumolah (2007)

317619677_62a5970b0d.jpg

Sumolah antara cerita melayu yang hampir dua bulan berada di pasaran. Aku tak menaruh harapan tinggi untuk cerita ni, sebabkan banyak kehampaan untuk beberapa cerita melayu sebelum ini. So aku pun tgk aa cerita ni, macam biasa sebabkan lokasi aku ni yang jauh dari tanahair, aku download jer cerita ni… bukan sengaja tak nak support industri filem negara, tapi kat panggung wayang kat sini, takder yang siarkan cerita melayu… cerita english pun susah… inikan plaks cerita lain kan…

Okay cukup aa mengarut pasal benda tak penting tu, so filem sumolah ini mengisahkan mengenai seorang pemuda yang gemuk dan telah kehilangan kerjanya disebabkan motornya di tarik semasa hendak menghantar organ penting ke klinik tempat dia bekerja. Selepas itu, beliau telah merayau-rayau dan kelaparan dimana beliau telah singgah ke sebuah gerai makanan, dan di situ beliau telah diperhatikan oleh sekumpulan orang dari kedai sushi berdekatan. Pemuda ini yang sedang kelaparan telah dipancing untuk memasuki kedai yang sedang membuat promosi untuk menghabiskan 20 pinggan sushi dalam masa 1 minit.

Pemuda ini yang sedang kelaparan sangat gembira kerana boleh mendapat makanan free dan telah memakan sushi tersebut dengan lajunya sehingga ke pinggan yang ke 20… di mana beliau telah di kenakan oleh pekerja tersebut dengan meletakkan wasabi secara berlebihan di atas sushi tersebut dan menyebabkan pemuda itu kepedasan dan pengsan… Kisah ini bermula setelah pemuda itu sedar dan dikenakan bayaran yang tinggi di atas sushi² yang telah dimakannya kerana tidak dapat menghabiskan dalam masa 1minit.

Disebabkan pemuda itu tidak dapat membayar, pemuda itu telah ditawarkan untuk bekerja di situ, walaupun tujuan sebenar adalah bukan untuk menyuruh pemuda itu bekerja di situ, tetapi untuk melengkapkan pasukan sumo kedai tersebut untuk pertandingan yang akan berlangsung kelak. Suatu hari, pemuda itu telah di bawa oleh rakan sekerjanya atau lebih tepat rakan sepasukannya ke pusat latihan sumo, pemuda itu terkejut dan telah dikalahkan dengan teruknya di pusat latihan tersebut. Selepas itu beliau telah lari dari pusat latihan itu dan pulang ke rumah.

Selepas kejadian itu, bermulalah kegiatan sukan baru untuk pemuda itu, selepas di pujuk dan dinasihatkan, beliau telah menyertai pasukan sumo kedai sushinya dan berlatih bersama-sama. Terdapat beberapa kisah dan tragedi yang berlaku selepas itu… saksikan sendiri di pawagam berdekatan.

Komen: aku rasa senang aa tgk cerita ni, walaupun cerita pasal sumo, tetapi banyak gak informasi yang aku dapat pasal sumo dengan menonton cerita ni semata-mata. Cerita yang menarik, tiada lawak keterlaluan yang cuba diketengahkan, semua adalah lebih bersahaja. Cerita seperti kehidupan sehari-hari seorang pekerja yang dilakonkan semula. Dan berkenaan sumo. Mungkin bukanlah sukan yang terkenal di Malaysia, namun idea yang cuba diketengahkan menarik perhatian. Jalan cerita juga mudah dan tidak membebankan. Tiada perwatakan semula dari filem² terdahulu. Memang cerita yang menarik untuk ditonton.


So aku berpuas hati aa menonton cerita Sumolah ini, tidak sehampa yang aku jangkakan pada awal² sebelum aku menonton. Dan watak kodok dalam filem ini semestinya berkait rapat dengan bro Afdlin kita yang sememangnya suka dengan kodok. Lama dah tak lepak dalam kolam kodok… :) selamat semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
11 July 2007 06:26
6 komen

Yeay!!! Lerh akses eizil.com balek…

Yeay!!! Lerh akses eizil.com balek…

huhuhu… :D akhirnya aku lerh balek tulis blog n baca blog sendiri kat komputer sendiri.. huhuhu… punya aa sakan sebelum ni, nak tulis blog pun taklerh… nak check email² dari domain² aku pun taklerh… waaa… susah tul hidup… tapi nampaknya dah selesai dah…


Dan permasalahan sebelum ni bukan aaa dari ISP aku, rupa²nya firewall server aku sendiri yang block IP aku, dan buat masa ni, IP connection rumah aku ni lerh kata fixed gak aa…. untuk beberapa bulan, sebelum dorang reset balek… so kira IP aku tu di block oleh firewall server. huhuhu… takper aa… taklerh salahkan firewall tu… itu untuk keselamatan server gk… punca dia… aku lupa password untuk cPanel eizil.com ni…

dah lama tak masuk ikut cPanel… biasa buat keje ngan ftp jer… so tu yang sakan tu.. dah 5 kali aku cuba salah… pastu dengan jayanya IP aku disenaraikan ke dalam IP yang di block.. sbb yer aa… dia ingat aku nak cuba guna password breaker tu kot… so itu laa kisahnya… kepada semua pelanggan-pelanggan aku yang hantar email dari 29.06.07 aritu… aku baru sempat reply semua skali malam tadi lepas masalah diselesaikan… :D harap jangan marah erk…

okay aa… nak kuar gi keje…. selamat semua…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
05 July 2007 04:53
1 komen

6 bulan Eizil.com & WordPress…

6 bulan Eizil.com & WordPress…

Wordpress

Diam tak diam… dah 6 bulan gak aa aku dok running eizil.com ni dengan wordpress… walaupun takder aa apa² major editing aku buat setakat ni untuk eizil.com cuma sekadar theme ni jer aa pun… ini pun dah terasa macam ala² kebosanan ngan theme ni… kemungkinan besar pasni akan buka studio Photoshop CS3 plaks..

Sepanjang tempoh 6 bulan aku gunakan wordpress ni, aku rasa okay jer aa… nak kata menarik sangat.. worait gak aa… tapi memang selesa jer aa setakat ni… buat masa ni, walaupun masih macam takder masa, aku tgh dok nak siapkan saleiz versi wordpress bersama-sama plugin untuk servis yang ditawarkan ngan dwibahasa… mungkin dah ada kot plugin ni kat memaner…

nanti nak kena cari aa kat memaner yang patut… kalau dah free nanti… lerh aa start… hehehe… bulan 9 ni ada rombakan yg agak besar yang akan dilakukan, walaupun buat masa ni tgh dalam perbincangan lagi… :)

okay laa… selamat semua

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
03 July 2007 10:38
2 komen

Microsoft.co.uk Defaced!!!

Microsoft.co.uk Defaced!!!

Walaupun benda ni jadi minggu lepas, tapi sebabkan macam aku tulis sebelum ni pasal eizil.com kena block ngan ISP.. so tak sempat nak tulis… so arini sebabkan aku tgh bebosan kat opis dok tunggu aku nyer sample prototype sampai untuk buat ujian. so aku pun tulis aa…

So Microsoft.co.uk telah di defaced oleh bebudak dari Saudi Arabia yang dikenali sebagai rEmOtEr. Microsoft sendiri mengesahkan mengenai perkara ini. Laman web tersebut telah dibaik pulih dan berfungsi seperti sedia kala selepas itu. Sedikit petikan dari wakil microsoft

It was “unfortunate” that the site was vulnerable, said Roger Halbheer, chief security advisor for Microsoft in Europe, the Middle East and Africa,

Kejadian ini agak memalukan untuk sebuah syarikat gergasi yang membina Sistem Operasi komputer yang mempunyai begitu ramai engineer² dan pakar² komputer yang di gaji untuk membina Sistem mereka.

rEmOtEr dijangkakan telah melakukan SQL injection kepada laman web Microsoft.co.uk ini dengan memasukkan HTML code “ ” kedalam ruang database yang akan di baca oleh seluruh page Microsoft.co.uk dan seterusnya telah mengganti laman web utama Microsoft.co.uk dengan beberapa benda yang berkaitan dengan arab saudi seperti gambar yang di letakkan di bawah. So lepas ni Microsoft kena aa lakukan balek rutin untuk check sekuriti web mereka sendiri… heeheh… memacam sungguh.

microsoft_hacked.jpg
sumber: zone-H

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil
02 July 2007 13:38
4 komen

Apple iPhone…

Apple iPhone…

iphone_hero_20070621.jpg

Seperti yang ramai mungkin dah tahu… Jumaat lepas Apple telah melancarkan produk terbarunya, iPhone yang telah menjadi rebutan ramai peminat² produk tersebut. iPhone yang merupakan alat serbaguna yang mempunyai pelbagai fungsi ini adalah merupakan produk Apple yang terkini yang telah berada di pasaran.

Di jangkakan, sehingga hujung minggu yang lalu sebanyak 500,000 unit akan terjual di seluruh cawangan kedai Apple, ini merupakan satu lagi produk yang telah menghangatkan pasaran. iPhone ini didatangkan dengan 4Gb/8Gb ruangan simpanan data didatangkan dengan warna hitam dan mempunyai Multi Touch Display ini adalah sangat menarik.

Dengan fungsi Wi-Fi, Bluetooth dan juga EDGE, iPhone ini dilancarkan dengan Sistem Operasi OS X yang juga salah satu produk Apple. iPhone ini adalah GSM Quad band… bermakna ianya boleh digunakan untuk produk² telekomunikasi masa kini.

Setiap pekerja Apple yang telah bekerja selama setahun tidak kira secara tetap atau sementara, telah dihadiahkan satu unit iPhone seorang. Ini adalah satu lagi taktik pemasaran Apple yang telah dilakukan juga semperna pelancaran Ipod Shuffle suatu masa dahulu. Nilai harga pasaran adalah kira² USD 12,000,000.00 telah dilaburkan untuk menghadiahkan setiap seorang pekerja Apple sebuah iPhone.

Harga pengenalan iPhone ini adalah usd499 / iPhone 4Gb dan usd 599 / iPhone 8Gb.

specs_measurements20070627.png
specs_box20070629.png

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil

5 komen

Eizil Blocked by ISP?

Eizil Blocked by ISP?

waaaa… aku ketensionan… weekend aritu byk benda aku nak buat taklerh nak buat sbb taklerh nak access eizil.com dari computer rumah aku… sbb ISP route aku nyer domain ntah gi mana²…. so taklerh nak jumpa…walaupun server tak down pun… huhuhu… byk jer tutorial aku ingat nak tambah… semua tergendala… huk huk huk…

Naper jer ntah… kat opis lerh jer buka plaks tu… kompom aa aku nyer ISP yang dok blocked aku nyer buka eizil.com… kesadisan… aku nak buat video tutorial pun terbantut sebab taklerh nak access web… :( takder rezeki kot…. ni aku online kat office… lerh buka laks… tapi kat opis tak cukup tools untuk buat semua tutorial… sedihnya…

Penulis


Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil

2 komen