Genap 2tahun pemergiannya…
Hari ini genap 2tahun bapa aku meninggal dunia. Tarikh ni laa tarikh yang aku masih ingat macam mana aku jadi tak tentu arah. Time ni aa aku menangis bersendirian kat umah, dan buntu tatau nak buat apa. Call sana sini, dan akhirnya buat keputusan nak balek.
Diam tak diam dah 2tahun bapa aku meninggal dunia, sehingga hari ini, aku masih cuba untuk menguatkan ingatan saat aku memeluk kali terakhir iaitu 6bulan sebelum tu. Walaupun pada masa tu, aku tak terfikir langsung yang itu akan menjadi saat akhir untuk aku memeluknya. dan 3 hari sebelum dia meninggal, merupakan saat yang paling aku ingat sampai ke hari ini, perbualan aku di telefon bercerita mengenai rancangan aku untuk membeli rumah dan membawa bapa dan mak aku tinggal bersama.
Semua masih segar di ingatan ini, bagaimana di saat itu, dia bertanya “kalau dah kawen nanti, macam mana jer ?” so aku pun jawab jer… takper… aku akan beli rumah baru ataupun tinggal jer bersama-sama dorang. Terbayang di fikiran aku pada masa itu, dia sedang tersenyum… Aku sangat merinduinya. Tiap kali teringat, mesti air mata ini akan bergenang dan berlinangan. Tidak dapat ku sekat walau bagaimana sekalipun aku cuba.
okay laa.. aku tak larat nak tulis lagi… skang kat opis… dan mata ni dah mula nak bergenang… terpaksa berhenti… kang taklerh keje laks…
wassalam
Baca juga...Social Bookmarking
Carian
RSS Feed
15 Artikel Terkini
- Setelah sekian lama bercuti
- Ketiadaan elektrik amat menyiksakan.
- Masih berjuang untuk ke garisan penamat
- Game: Pro Evolution Soccer 2009
- Si Tua yang masih menyengit!!!
- Private Profile di Friendster?
- Itu ini begitu begini…
- Localhost Data Viewer on Hotscripts.com
- Peguam lum settle, Polis laks menjelma…
- Raya yang malang….
- Desperate Housewives Season 5
- Resepi: Itik masak merah bermadu
- Pulang ke tanahair…
- Localhost Data Viewer
- Eizil Programming Studio
Kategori
Arkib
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- July 2007
- June 2007
- May 2007
- April 2007
- March 2007
- February 2007
- January 2007
- December 2006
- May 2006
Eizil Support Center



kita sebagai anak hanya berdoa untuk kebahagian dia kat sana..semua org pun akan ikut jejak langkah mereka…mati
itulah bang…
begitulah lumrahnya… cuma biasa aa kan… kerinduan tetap menyelubungi…
aku rasa kau patut pun terminate aku punya acc.aku dah pindah hosting..nanti rm20 aku bayar.aku janji aku bayar.hehe!
aii.. be strong eizil
where haf u been? tak rendu aku ke? hows everything?
rilekslh eizil..kita yg masih ada ni kenalah sentiasa berdoa utk mereka.
sampai saat ni akak akan menagis kalau teringat kat papa. selama ni papalah semangat akak untuk teruskan hidup selepas apa yg akak alami. dan rasanya papa selalu yakin dengan apa jua tindakan/keputusan akak buat/amik.
walaupun papa dah tak ada akak akan cuba penuhi impian papa yg nak sangat akak amik bisnes study - akak pernah tolak & dalam application akak langsung tak dimasukkan masa akak mohon IPT dulu.
Bersabarlah, adi. Allah lebih sayangkan dia daripada kita. Apabila mati seseorang anak adam, terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat dan Anak Yang Soleh Yang Mendoakannya. Sebagai anak yang sayang kepada ibu bapa, doakan lah kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Tapi aku tahu, kau seorang yang tabah, adi. Great to have you as my friend
Sabar…, sabar…, dan Sabar…. itu jer yang dapat aku ucapkan….
Semua makhluk yang hidup pasti akan pergi jua menemui penciptanya. Kita semua akan menyusul mereka2 yang telah pergi itu suatu saat… cuma kita belum tahu, kepergiaan kita tu dengan cara apa dan bagai mana….
Dan pada bro Eizil, sekurang-kurangnya bro masih boleh melihat pusaranya jika di bandingkan sesetengah orang yang tak dapat melihat pusara orang mereka sayang yang dikabarkan telah pergi buat selamanya…
Apapun… aku tetap simpati dan mengucapkan takziah buat bro sekeluarga…. semoga roh bapa bro di cucuri rahmat… Al-Fatiah…
“Sesunguhnya kebahagian Ibu Bapa adalah apabila setelah kepergian mereka, mereka masih meninggalkan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka…”
Setelah pemergiannya, aku hampir kehilangan segala-galanya. Namun, rindu dan sayangku padanya mengingatkan aku bahawa Allah kasih dan sayang kepadanya. Dia dan kita semua milik-NYA. Tuhan, ampunilah segala dosa-dosanya. Ayah, aku anakmu tetap merindumu.