
Lama aku tak sempat nak tulis apa² kat sini, banyak sangat benda nak kena settlekan sejak kebelakangan ni, so arini satu lagi cerita cam best yang aku tgk aritu, Are We Done Yet?… cerita mengisahkan seorang lelaki yang baru berkahwin dengan seorang janda beranak 2 yang tinggal di sebuah rumah kecik di kotaraya metropolitan. Selepas mendapat berita bahawa bininya sedang mengandung, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah rumah baru di pinggir kota.
Rumah tersebut sangat besar dan indah semasa mereka melawati rumah itu. Mereka telah bersetuju untuk tinggal di situ, namun hari tidak selamanya cerah, malang menimpa satu demi satu, rumahnya itu menimbulkan masalah satu demi satu, bermula dengan masalah elektrik sehinggalah pelbagai masalah lagi.
Keadaan dirumitkan dengan kehadiran chuck selaku jurujual rumah tersebut, juga seorang kontraktor, seorang inspektor dan pelbagai lagi jawatannya yang telah menyebabkan lelaki yang baru berkahwin itu terasa seperti ditipu. Perbalahan demi perbalahan telah berlaku, dan rumah beliau telah di buka sehingga menyebabkan rumahnya seperti rumah yang sedang di pecah.
Ikuti kisah bagaimana masalahnya diselesaikan. Saksikan sendiri… heehhehe….
Komen: Cerita keluarga yang ringkas dan menghiburkan. Jalan cerita yang mudah difahami, dan babak-babak lucu diselitkan dengan babak-babak yang boleh diambil pengajaran sangat menarik. Cerita yang tidak membosankan. So boleh aa tgk yer… hehehehe… selamat²…
Anda mungkin meminati artikel berikut
(^^,)


