movie: Sumolah (2007)
Sumolah antara cerita melayu yang hampir dua bulan berada di pasaran. Aku tak menaruh harapan tinggi untuk cerita ni, sebabkan banyak kehampaan untuk beberapa cerita melayu sebelum ini. So aku pun tgk aa cerita ni, macam biasa sebabkan lokasi aku ni yang jauh dari tanahair, aku download jer cerita ni… bukan sengaja tak nak support industri filem negara, tapi kat panggung wayang kat sini, takder yang siarkan cerita melayu… cerita english pun susah… inikan plaks cerita lain kan…
Okay cukup aa mengarut pasal benda tak penting tu, so filem sumolah ini mengisahkan mengenai seorang pemuda yang gemuk dan telah kehilangan kerjanya disebabkan motornya di tarik semasa hendak menghantar organ penting ke klinik tempat dia bekerja. Selepas itu, beliau telah merayau-rayau dan kelaparan dimana beliau telah singgah ke sebuah gerai makanan, dan di situ beliau telah diperhatikan oleh sekumpulan orang dari kedai sushi berdekatan. Pemuda ini yang sedang kelaparan telah dipancing untuk memasuki kedai yang sedang membuat promosi untuk menghabiskan 20 pinggan sushi dalam masa 1 minit.
Pemuda ini yang sedang kelaparan sangat gembira kerana boleh mendapat makanan free dan telah memakan sushi tersebut dengan lajunya sehingga ke pinggan yang ke 20… di mana beliau telah di kenakan oleh pekerja tersebut dengan meletakkan wasabi secara berlebihan di atas sushi tersebut dan menyebabkan pemuda itu kepedasan dan pengsan… Kisah ini bermula setelah pemuda itu sedar dan dikenakan bayaran yang tinggi di atas sushi² yang telah dimakannya kerana tidak dapat menghabiskan dalam masa 1minit.
Disebabkan pemuda itu tidak dapat membayar, pemuda itu telah ditawarkan untuk bekerja di situ, walaupun tujuan sebenar adalah bukan untuk menyuruh pemuda itu bekerja di situ, tetapi untuk melengkapkan pasukan sumo kedai tersebut untuk pertandingan yang akan berlangsung kelak. Suatu hari, pemuda itu telah di bawa oleh rakan sekerjanya atau lebih tepat rakan sepasukannya ke pusat latihan sumo, pemuda itu terkejut dan telah dikalahkan dengan teruknya di pusat latihan tersebut. Selepas itu beliau telah lari dari pusat latihan itu dan pulang ke rumah.
Selepas kejadian itu, bermulalah kegiatan sukan baru untuk pemuda itu, selepas di pujuk dan dinasihatkan, beliau telah menyertai pasukan sumo kedai sushinya dan berlatih bersama-sama. Terdapat beberapa kisah dan tragedi yang berlaku selepas itu… saksikan sendiri di pawagam berdekatan.
Komen: aku rasa senang aa tgk cerita ni, walaupun cerita pasal sumo, tetapi banyak gak informasi yang aku dapat pasal sumo dengan menonton cerita ni semata-mata. Cerita yang menarik, tiada lawak keterlaluan yang cuba diketengahkan, semua adalah lebih bersahaja. Cerita seperti kehidupan sehari-hari seorang pekerja yang dilakonkan semula. Dan berkenaan sumo. Mungkin bukanlah sukan yang terkenal di Malaysia, namun idea yang cuba diketengahkan menarik perhatian. Jalan cerita juga mudah dan tidak membebankan. Tiada perwatakan semula dari filem² terdahulu. Memang cerita yang menarik untuk ditonton.
So aku berpuas hati aa menonton cerita Sumolah ini, tidak sehampa yang aku jangkakan pada awal² sebelum aku menonton. Dan watak kodok dalam filem ini semestinya berkait rapat dengan bro Afdlin kita yang sememangnya suka dengan kodok. Lama dah tak lepak dalam kolam kodok…
selamat semua…

July 12th, 2007 at 1:56
Alamak… Orang kat Jerman pun dah tgk. Aku kat Msia ni tak nengok2 lagi. Huhu T_T
July 13th, 2007 at 5:36
hhehehe… biasa aa tu bang…
nanti bebila free lerh jer tgk… kekeke…
July 14th, 2007 at 9:33
Aku pun lum tengok lagi. Orang kat Jerman dah tengok dulu.
July 16th, 2007 at 5:37
November 18th, 2008 at 4:24
Hai..first y ingin ila kata kan,Eizil.com ni mmg power sgt..trlalu byk benda y ila leh ambik sbg pngjaran..pasni ila akan selalu in Eizil.com..syabas n gud luck..
January 3rd, 2009 at 14:24