So hari ni nak kongsi pasal Filem Korea ni, tajuk dia “Hello Brotherâ€. Cerita ni dikeluarkan pada tahun 2004, tapi aku baru sempat tgk Hujung minggu aritu. So cerita ini mengisahkan cerita dua orang adik beradik lelaki. Adiknya sangat nakal dan abangnya pula mengidap tumor otak. Cerita ini mengisahkan bagaimana adiknya yang nakal itu telah berubah apabila abangnya telah dimasukkan ke hospital untuk pembedahan dan rawatan rapi. Abangnya itu telah berkenalan dengan pesakit lain yang juga berada di dalam wad kanak-kanak tersebut. Mereka berkawan baik sejak dari hari itu.
Namun adiknya tidak begitu senang dengan kawan abgnya itu. Beliau sering ambil endah tak endah apabila berhadapan dengan kawan abgnya. Adiknya juga sering membuat masalah dengan menganggu kawan²nya di sekolah. Pada cuti skolah, adiknya itu telah pergi mengikut kawan abgnya ke rumahnya kerana takut akan didenda oleh emaknya selepas membuat kesalahan. Sejak dari itu, adiknya itu telah berkawan baik dengan kawan abgnya juga. Mereka mendaki gunung untuk mencari “tarzan†di mana budak yg sakit itu telah jatuh pengsan dan diselamatkan oleh “tarzanâ€.
Kisah berlanjutan apabila abgnya terpaksa di bedah sekali lagi untuk merawati tumor otaknya. Adiknya telah berusaha untuk kembali ke gunung tempat “tarzan†itu tinggal semata-mata kerana dia percaya air yang berada di dalam botol “tarzan†itu adalah sangat mujarab dan boleh menghidupkan sesiapa yang telah mati.
Cerita ini sangat menyentuh hati, dengan melihat anak kecil yang pandai untuk berusaha untuk menyelamatkan yang tersayang. Sesaper yang lum tgk tu… lerh aa tgk… selamat menonton…
Anda mungkin meminati artikel berikut
(^^,)


