Movie: Blood and Chocolate (2007)

blood and chocolate

Dah lama aku tak kongsi cerita-cerita yang aku tonton kat sini kan, so ni antara cerita lain yang aku akan kongsi gak. Blood & Chocolate ini mengisahkan kehidupan sekumpulan Werewolf. Tapi ini bukan macam werewolf yang biasa kita tgk tu… yang ni memang dia bertukar terus jadi wolf… takder separuh². So kisah bermula dengan seorang budak perempuan yang rumahnya di bakar disebabkan keturunannya yang membawa baka werewolf ini.

Filem ini dilakonkan di sekitar romania, lokasi yang di pilih sangat menarik. Kerana kegiatan utama kumpulan werewolf ini adalah untuk berlari dan memanjat bangunan. Cerita ini adalah cerita yang mudah, tidak terlalu rumit. Seorang pemuda yang merupakan pelukis novel bergambar telah mencuri masuk ke sebuah gereja di mana Vivian (budak perempuan werewolf) sedang berehat. Kemudian soal jawab berlaku dan vivian berlalu dengan begitu sahaja.

Beberapa hari kemudian, lelaki tersebut telah bertemu dengan Vivian, namun vivian telah melarikan diri, dan meninggalkan reben cokelat dimana dia bekerja. Lelaki tersebut telah mencari kedai cokelat tersebut dan bertemu Vivian di situ. Kisah percintaan mereka telah bermula di situ, dan telah menghasilkan beberapa tragedi dan kes pembunuhan. Selanjutnya boleh laa tengok sendiri erk…

So kalau sesaper yang bosan takder apa nak tgk tu… lerh aa tgk cite ni, cerita dia simple jer, tapi okay laa untuk ditonton… selamat hujung minggu semua

Artikel ini ditulis pada Sunday, June 3rd, 2007 7:37 di bawah kategori Carcamarba, Hiburan, Kehidupan. Anda boleh mengikuti sebarang maklumbalas mengenai artikel ini dengan melanggan RSS 2.0 feed. Anda boleh menulis komen, atau trackback dari laman anda.

One Response to “Movie: Blood and Chocolate (2007)”

  1. sakura chan Says:

    nak mouse..nak mouse… ^_^

Leave a Reply