Globalspec | Engineering Search Engine
So arini aku nak kongsi pasal search engine yang memang khusus untuk bebenda berkaitan ngan bidang kejuruteraan (engineering) Sesiapa yang mungkin selama ni nak kena cari sensor ke, atau bebarang yang berkaitan ngan engineering, mungkin kalau kita guna search engine yang umum, kita akan dapat gak jawapan yang kita nak, tapi dia nyer kadar ketepatan untuk maklumat yang kita inginkan tu mungkin agak rendah.
Dengan Globalspec kita juga boleh mencari barang yang mempunyai code standard, dengan hanya menaip code nama tersebut. Paling menarik ialah kerana kita boleh mengetahui siapa yang menjual bebarang tersebut. Contohnya kalau kita nak cari Linear shaft ke, atau Shaft collar, atau sebagainya yang mungkin kita akan perlukan. Globalspec menyediakan search engine untuk kita mencari syarikat-syarikat yang mengeluarkan component yang kita perlukan.
Kepada mereka-mereka yang sering memasuki pertandingan reka cipta, atau bekerja di syarikat-syarikat yang memerlukan kita untuk membina peralatan baru. Globalspecs memudahkan kita untuk mencari component-component yang kita perlukan. Aku banyak menggunakan Globalspecs ni sejak keje kat sini, sebab nak kena bina alat² untuk mengukur yang memerlukan aku untuk mencari sensor² yang akan digunakan untuk alat mengukur aku tu. So semoga benda ni berguna kepada sesiapa yang memerlukan.. hehehe… selamat semua…






