Windows Vista vs XP

vista.jpg

So mungkin ramai yang tergila-gila nak cuba windows vista ni, tapi aku secara peribadi tidak galakkan untuk sesiapa yang teringin sesangat untuk cuba tu, beli vista buat masa ni. Kenapa? Ini antara sebab kenapa tak perlu beli lagi vista ni.

  • Harga Windows Vista di pasaran masih tinggi, contohnya Vista Home Basic, €212 Vista Home Premium €277 Vista Business €234 Vista Ultimate € 255… Harga yang aku tulis ni, kebanyakannya harga OEM jer… so kalau yang full pack ngan update tu… last skali aku tgk kat kedai computer kat sini. Vista Ultimate tu €500 ++
  • Terlalu banyak bug di dalam windows Vista buat masa ni, kerana keluaran yang baru beberapa bulan jer pun kan… kira macam ala² belum cukup “masak” aaa dia nyer software… walaupun memang windows macam susah jer nak “masak” bebetul… huhuhu
  • Keperluan untuk memiliki konfigurasi hardware yang tinggi untuk membolehkan Vista berjalan dengan lancer. Processor terbaru adalah digalakkan untuk mendapatkan score yang tinggi, Core 2 Duo atau setaraf dengannya bersama-sama 1Gb RAM dan Graphic card yang bagus boleh aa dapat score tinggi… hehehe…
  • Windows XP masih belum ketinggalan zaman jika nak dibandingkan dengan apa yang dibuat oleh Vista, walaupun secara dasarnya, cara kerja Vista dah lain dengan XP, tapi buat masa ni, aku rasa memadai untuk menggunakan windows XP jer… hehehehe

Aku bandingkan window Vista dan Windows XP versi jerman jer buat masa ni, sebab itu yang aku guna dan pernah cuba. Secara dasarnya windows Vista mempunyai interface yang cantik, dan sehubungan itu, memerlukan kadar RAM yang tinggi dan Graphic card yang bagus untuk memaksimakan keupayaan dia. So kalau kita setakat nak upgrade OS jer tanpa upgrade kita nyer hardware, mungkin kena fikir dua kali kalau hardware sedia ada tu sekadar cukup² makan jer… sebab nanti kita tak puas hati

Kepada yang hendak membeli windows Vista ni, jangan aa amek yang Vista Home Basic tu, sebab macam basic sangat dia nyer default features… amek aa Vista Home Premium tu, sebab at least default features yang dia bagi tu lagi berbaloi aaa… Untuk Vista Business, kebanyakan bebenda hiburan tidak di install secara default. Untuk Vista Ultimate, aku tak pernah cuba lagi, so tak sure apa tambahan dia yang menarik.

Buat masa ni, banyak benda yang default daripada Vista tidak menepati citarasa aku, sebab dia nyer start program contohnya, kurang menyelesakan, tapi itu bukan masalah besar, sebab kita masih boleh ubah setting tersebut untuk menepati citarasa kita sebenarnya. So kepada yang nak cuba, rasanya boleh aa download yang percubaan ke atau bebenda gitu. Tak perlu beli yang ori dulu buat masa ni, tunggu aa dulu… hehehe… Sebab buat masa ni, banyak benda aku nak kena buat nak bagi semua benda yang aku biasa guna function kat dalam Vista… letih gak aa…. Hehehe…. Selamat semua…

p/s: €1 = RM4.55 tukaran oleh xe.com

Artikel ini ditulis pada Wednesday, May 23rd, 2007 6:07 di bawah kategori Carcamarba, Kehidupan, Tips and tricks, Vista. Anda boleh mengikuti sebarang maklumbalas mengenai artikel ini dengan melanggan RSS 2.0 feed. Anda boleh menulis komen, atau trackback dari laman anda.

4 Responses to “Windows Vista vs XP”

  1. Neomick Says:

    thx..!!! Nampak gayanya… leh lah aku gi shopping topman dulu.

  2. eizil Says:

    blerh bang.. hehehe… shopping jangan tak shopping… sbb aku just bagi pendapat peribadi aku jer aa… :) nanti aku tulis lagi antara features² menarik dan tak menarik dalam Vista kat dalam entri lain… :)

  3. CypherHackz Says:

    uhuk! aku plan nak beli vista coz aku skang ni tengah nak buat site pasal vista. so kalau orang cite pasal vista tapi aku takde vista tak best gak. dan…masalahnya adalah nak beli vista tu bukan just vista aje, dienyer hardware pun nak “vista” jugak. so memang betul cakap kau. kene pikir dua tiga empat lima enam kali. hu3.

  4. eizil Says:

    :) begitu aa gayanya… sebab banyak benda kena consider utk run vista ni… aku skang ni run Vista atas aku nyer laptop… sbb aku nyer PC walaupun Pentium 4 3.2Ghz Hyperthread ngan 1Gb RAM macam semput² jer… hehehe…

    Tapi kalau ko rasa nak guna untuk buat site vista tu… ikut aa… :) bukan kata taklerh run langsung kalau spec hardware rendah… cuma tak capai tahap yang mengagumkan aa untuk keperluan vista tu… :) sbb ada beberapa features Vista yang akan menggunakan RAM… nanti aku kongsi dalam entri bebetul… :)

Leave a Reply