Kerja kerja dan kerja…
Minggu ni aku bebetul sebuk, huhuhu, semalam kul 10 malam baru balek keje sebab kena gi daimler ada produk kena test. Perghh… memang jer penat… huhuhu… arini dah kena masuk keje balek… isk isk isk.. memacam jer skang ni. Byk tul benda nak kena buat…
Memang nak tulis blog pun aku macam takder masa… huhuhu… tu aa… nak wat caner… okay aa… aku nak kena gi masuk meeting plaks… huk huk…
Baca juga...Kehidupan Di Pagi Hari.
Hari ni aku masuk awal lagi ke opis, sebab kul 4 pagi aku dah terjaga… sebab fikiran macam tak berapa nak tenang. Aku mandi², siapkan sarapan, siapkan bekalan air aku untuk hari ni, aku pun kuar rumah macam biasa di masa yang memang jarang aku kuar. Biasa kuar lambat sket. So kul 6.11 pagi aku dah sampai opis, tapi opis gelap lagi, takder orang lagi sampai rupanya. Takper aa… nak buat macam mana kan. Aku pun dok lepak sambil buka komputer dan menulis kegiatan harian aku.
Hari ni aku rasa memang macam kosong jer, dengan komputer yang baru bebetul elok kat umah, so aku rasa skang ni baru aku lerh mula balek dengan kerja² yang sebahagiannya hilang disebabkan kerosakan komputer aku tempoh hari. Malang tak berbau orang kata. Nak buat macam mana kan. Malam tadi aku tido awal, sebab terlalu penat dengan kegiatan harian aku. Walaupun malam semalam aku di hadiahkan dengan sesuatu yang menggembirakan diriku ini. Walaupun dengan hadiah tersebut, aku terasa tidak begitu tenang hari ini.
Adakah hadiah tersebut bermaksud dia akan meninggalkan diriku? Mungkin itulah tujuannya, mungkin juga dia ikhlas untuk menggembirakan hati ku ini. Hanya dia yang tahu. Semoga hari ni aku akan dapat melalui hari² seperti biasa. Dengan timbunan kerja yang tidak pernah habis, dari hari ke hari, sentiasa dilimpahi dengan kerja² yang bersusun di atas meja ini. Okay lah… aku kena sambung kerja…
Baca juga...Catia Tips and Trick part 1
15 Komen
Carcamarba, Catia, Tips and tricks, Tutorial

Weekend aritu aku taklerh nak buat apa… komputer aku buat hal… huhuhu… memacam sungguh aa skang ni, banyak kerja² yang patut di buat kat umah tertangguh semata-mata sebab computer yang menggilakan diri. Time² gini aa dia nak buat hal. Tapi nak buat camner kan… bukannya dirancang… harap semua orang faham aa… huhuhuhu…
So arini aku nak kongsi beberapa Tips untuk Catia V5. Tips² ni antara yang aku sendiri tercari-cari time aku baru berkecimpung dengan Catia V5 ni… So berkat cuba jaya dan tanya sana sini. Dapat aa jawapan untuk apa yang aku cari tu… so kat bawah ni antaranya.
Kehilangan model yang dilukis kerana 3D navigator telah membawa component tersebut ke ceruk yang kita tak nampak?
Terdapat dua cara untuk melihat kembali model kita. Pertama… kita gunakan menu View > Fit All In… dengan option ni, kita akan dapat melihat kembali model yang telah tersorok dari kita nyer monitor. Cara kedua adalah dengan right click pada senarai model kita di sebelah kiri Catia. Kemudian tekan Reframe On. Kemudian model kita akan kembali di atas monitor kita.
Ingin membuat keratan rentas model kita?
Untuk tujuan ini juga, terdapat beberapa cara sebenarnya untuk merealisasikannya.
Cara pertama:
Keluarkan tools Space analysis dengan right click pada toolbar, dan kemudian pilih Space Analysis.
Kemudian click button Sectioning. Kemudian kotak kecik akan kelihatan di mana kita boleh memilih paksi yang kita mahu gunakan sebagai rujukan keratan rentas kita.
Baca Selanjutnya…
Trigonometri in Excel
1 Komen
Carcamarba, Tips and tricks, Tutorial
Hari ni macam biasa, kerja berlambak… huhuhu… nak wat caner kan… dah nama pun kerja… so arini aku nak kongsi pasal Microsoft Excel. Mungkin ramai yang biasa dah guna benda alah ni, nak buat jadual dan sebagainya. So hari ni aku sekadar nak kongsi pasal macam mana nak kira trigonometri nyer formula. Contoh sinus, kosinus, tangen dan sebagainya.
So secara default, microsoft excel akan kira semua sudut yang kita bagi dalam radian, maksudnya kalau kita nak kira dalam darjah (°) kita nyer kiraan akan berlainan. So macam mana nak atasi benda ni? Tidak aa serumit yang disangka, Cuma kita perlu tambah sket teknik pengiraan kita. Kira amek persamaan sin(40°) contohnya. Kalau kita taip secara terus ke dalam excel ( =SIN(40) ), kita akan mendapat jawapan. 0,745, namun biasanya itu bukanlah jawapan yang kita inginkan, kerana itu adalah di dalam radian.
So apa yang kita perlu buat adalah, kita perlu tulis formula kita dalam bentuk begini ( =SIN(RADIANS(40)) ). Jawapan yang akan kita perolehi adalah 0,642 di mana ini adalah jawapan yang kita inginkan jika ingin mengira dalam darjah, jika anda ingin mengira dalam radian, dan tidak perlu membuat benda ni. Untuk pengguna komputer berbahasa jerman, formula yang digunakan adalah seperti berikut ( =SIN(BOGENMASS(40)) ). Selamat mengira semua.
Baca juga... « halaman sebelumnya... — halaman seterusnya... »Carian
RSS Feed
15 Artikel Terkini
- Setelah sekian lama bercuti
- Ketiadaan elektrik amat menyiksakan.
- Masih berjuang untuk ke garisan penamat
- Game: Pro Evolution Soccer 2009
- Si Tua yang masih menyengit!!!
- Private Profile di Friendster?
- Itu ini begitu begini…
- Localhost Data Viewer on Hotscripts.com
- Peguam lum settle, Polis laks menjelma…
- Raya yang malang….
- Desperate Housewives Season 5
- Resepi: Itik masak merah bermadu
- Pulang ke tanahair…
- Localhost Data Viewer
- Eizil Programming Studio
Kategori
Arkib
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- July 2007
- June 2007
- May 2007
- April 2007
- March 2007
- February 2007
- January 2007
- December 2006
- May 2006
Eizil Support Center
