Hari aku buka jap tadi blog, then tengok aku kena tag ngan cypherhackz plaks…pasal domain dan hosting. So takper… tgh aku rerajen ni, lerh aa aku cerita sedikit sebanyak… hehehe…
So aku bermula berjinak² dengan bidang buat web ni, bulan mei 2004, tu first time aku start buat website aku sendiri. Dengan bantuan Jeddy, aku mulakan bidang pembinaan website menggunakan phpnuke. time tu memang aku tatau apa² pasal database or php dan bebenda sewaktu dengannya. Awal² lagi aku dah guna paid hosting, time tu sewa ngan matnet. Bayar RM10 kot sebulan, lebih kurang tu aa… then lepas 4 hari aku try pasang phpnuke kat hosting aku, aku beli domain pertama aku. www.awekonline.net huhuhu…
Nama awekonline tu datang sebab banyak cerita disebaliknya. Aku malas nak cerita lebih lanjut. Cukup aa tu sekadar dapat tau domain awekonline.net tu. So kiranya Mei 2004 gak aku beli domain pertama aku dalam seumur hidup. hehehe… so lepas tu aku dok sakan join phpnuke mesia. banyak aa belajar kat situ, then aku berjinak² dengan blog gak. time tu guna blogdrive nyer service. blog pertama aku… guna slumbermann.blogdrive.com ehehhe… lama dah aku tinggal blog ni. Kemudian…
Aku sambung dok layan awekonline ngan phpnuke. Aku start berjinak² ngan designing theme, edit module, buat module untuk phpnuke. Module pertama yang aku hasilkan. Module wallpaper hasil tunjuk ajar dan rujukan module Lepak.So selepas sebulan dua awekonline berjalan, tetiba server jahanam… huhuhu…. sedihnya…. so dekat sebulan gak aa awekonline tak online. sadis²…. then lepas tu… abes aku nyer fail² semua hilang… hehehe…. sedih gak aa time tu… biasa aa…. bebudak baru belajar…
so lepas tu… itu aa permulaan aku ada server sendiri. =) sebab tak mao perkara lama berulang, so aku pun kongsi beli server untuk awekonline. dan dalam masa yang sama aku nyer blog blogdrive.com berjalan. Lepas aku dah ada server sendiri, aku sewakan sket² kat kengkawan berdekatan, antaranya fungkurs-network. Then ujung bulan sepuluh, aku beli domain kedua aku, www.saleiz.com sampai sekarang domain ni masih berjalan.
Dalam masa setahun, aku dah bergiat aktif dalam development website ni, dari segi design sehinggalah programming. kemudian may 2005 aku rasa macam nak ada domain sendiri untuk blog aku, so time tu aa aku tukar blog aku ke www.eizil.com. Awal² guna html jer… tapi lepas aku macam penat nak update… then aku buat aku nyer system blog sendiri guna php. Tapi lepas tu, takder masa nak upgrade… aku tukar ke wordpress sehingga skang ni.
So skang ni aku sewa perkhidmatan hosting dan domain dari www.saleiz.com, walaupun aku yang punya, still aku bayar gak untuk kegunaan peribadi. So www.eizil.com guna pakej Platinum. Selain dari domain www.awekonline.net, www.saleiz.com, www.eizil.com aku ada beberapa lagi domain yang aku malas nak kongsi kat sini. Dan kebanyakannya berjalan dengan lancarnya laa…. so okay aa tu kot… hehehe… aku pun macam tak sure apa benda yang aku nak tulis lagi….
apa² hal… kalau sesiapa yang rasa nak beli hosting dari www.saleiz.com sila laa erk… sebab sampai hari ini, aku sentiasa cuba naik taraf servis dari masa ke semasa.
worait… masa untuk berehat… ehhehe
Anda mungkin meminati artikel berikut
(^^,)



ooo..baru aku tau sejarah kemunculan saleiz.
hua3. sungguh peliks. cakap sedey tapi hang gelak. kui3.
btw mahal tak server?
*aku tanya macam aku nak beli je. hu3.
fahmishah: hehehe… akhirnya tau erk… cerita lengkap dia kalau nak ikutkan panjang lagi… tapi itu laa sedikit sebanyak.
cypher: time tu memang sedih, tapi time aku tulis balek, aku rasa macam kelakar pun ada…. sebab tu aa gelak tu…
nak beli server… bergantung kepada spec server… lerh jadi mahal… lerh jadi tak berapa nak mahal… huhu
dapat gak tau sejarah saleiz..huhuhu
cite lar cemana saleiz leh muncul secara detail..kot2 aku nak gak ada camtu
aman: hehehe…
fahmishah: nanti aku cerita kat entri lain… tunggu aku ada masa lapang sket… hehehe
yeah.. taniah bro eizel d atas kejayaan ngko ni…ishk2 terharu aku.. sbb bro nie lahh yg menjinakkan aku di alam siber… smpai die kasi aku pree hosting utk aku belajar2 pasang web ni…. raspek laa sama bro.. mekaseh atas segalanya..
MOGA ALLAH DPT BALASNYE
chow..
Tahniah brother… ini semua atas usaha brother eizil sendiri… tuhan sentiasa menolong hamba dia yg rajin usaha.. tahniah…
anep: uit anep… hehee.. lama dah tak dgr cite dari ko… mekasih aa…
ihikss…. ko pecite aa skang ni erk…
mataripmatusin: hehe… mekasih bang… dari nickname aku rasa macma tak kenal… tapi aku tgk email tu… tau aa rasanya…
ihikss…