Feb22hb

Wordpress: New Release 2.1.1 and 2.0.9

Comment 6 Komen Filed Carcamarba, Tips and tricks, Tutorial

wp-logo

Aku baru sempat baca benda alah ni kat wordpress nyer blog dalam entri terkini dorang. Tapi yang aku peliknya… kenapa versi 2.0.9 erk…. aku ada tertinggal versi 2.0.8 ke erk… rupa-rupanya… versi 2.0.8 dorang tag untuk kegunaan debian tapi dorang tak announce. siot jer… huhuhu

So versi 2.0.9 ni hanya mempunyai kemaskini keselamatan jer, so kepada sesiapa yang rasa nak selamat tu, sila laa upgrade ke versi 2.0.9 daripada versi 2.0.7

Kepada yang dah pakai wordpress 2.1-ELLA tu, sila aa update ke 2.1.1 walaupun update kali ni lebih kepada pemulihan kepada beberapa bugs yang sangat minima dan beberapa kemaskini keselamatan. Sila pergi ke http://wordpress.org/download/ untuk mendapatkan fail terbaru untuk 2.1.1 dan sila pergi ke http://wordpress.org/download/release-archive/ untuk mendapatkan fail update untuk versi 2.0.9 .

Di bawah adalah senarai fail-fail yang di ubah untuk update kali ni. sila rujuk sendiri erk…

Baca Selanjutnya…

Baca juga...
Feb22hb

Movie: The Ant Bully (2006)

Comment komen? Filed Carcamarba, Hiburan

poster TheAntBullyPoster

The Ant Bully telah dilancarkan pada 4 Ogos 2006 di seluruh pawagam terkemuka. Filem animasi ini adalah berkisarkan seorang budak yang selalu dibuli oleh - beliau. Untuk melepaskan geram beliau, budak ini telah membuli sarang semut yang berada di halaman depan rumah beliau. Komuniti semut tidak berasa senang dengan keadaan ini. Seorang ahli sihir semut itu telah mencipta satu ramuan untuk menangani masalah ini.

Pada suatu malam, ahli sihir itu telah pergi ke bilik budak ini dan memasukkan ramuan tersebut ke dalam lubang telinga budak itu. Disebabkan ramuan itu, budak itu telah bertukar menjadi sekecil semut, dan telah dihadapkan ke dalam mahkamah semut. Beliau dihukum untuk mempelajari semut sehingga beliau menjadi seperti semut sebelum boleh dilepaskan.

Filem animasi ini memaparkan bagaimana budak itu telah berusaha untuk menjadi seperti semut dan telah menyelamatkan semut-semut dan serangga-serangga lain daripada serangan Pembunuh Serangga yang telah diupah untuk menghapuskan semua serangga di sekitar rumahnya sebelum beliau bertukar menjadi kecil. Cerita yang sangat menarik gak untuk di tonton… hehehe…. :D selamat menonton semua… ;)

Baca juga...
Feb22hb

Movie: Open Season(2006)

Comment komen? Filed Carcamarba, Hiburan

open season ver2

Seterusnya mengenai filem Open Season. Ini merupakan filem animasi yang telah berada di panggung sejak 29 september 2006. Filem yang mengisahkan seekor beruang yang telah dibesarkan di dalam pekan, dan merupakan beruang yang membuat pertunjukkan, telah di hantar ke dalam hutan untuk beliau mempelajari sebenar. Filem ini penuh dengan babak-babak yang akan melucukan anda.

Keadaan menjadi lebih teruk, kerana Open Season, iaitu nama yang diberikan kepada musim memburu tersebut telah tiba semasa beruang itu di hantar. Walaupun beliau telah di hantar ke luar dari kawasan pemburuan, namun kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Semua kelompok yang berada bersama-sama beruang tadi telah hanyut di bawa air sungai ke kawasan pemburuan. Kemudian mereka telah berusaha untuk menyelamatkan diri daripada pemburu-pemburu tersebut.

Kepada peminat filem animasi, ini adalah filem yang mesti di tonton tak kira di mana jua anda berada… ehehe…. tapi memang best aa sangat cite ni… sonok jer tgk… kompom tak bosan aa kalau sesaper yang minat filem animasi… ;)

Baca juga...
Feb22hb

Movie: The Marine (2006)

Comment komen? Filed Carcamarba, Hiburan

poster-the-marine

Okay, hari tu aku dah senaraikan beberapa cerita dalam entri “ Marathon”, tapi ramai yang macam tanya macam mana jer cerita-cerita dalam tu. So aku akan mula dengan cerita The Marine. Cerita ni mengisahkan seorang Marine, yang telah di pecat kerana tidak mematuhi arahan semasa menjalankan operasi. Kemudian beliau telah terlibat secara tidak langsung dengan kes rompakan berlian di mana isteri beliau telah di culik semasa beliau ingin mengisi minyak.

Kisah diteruskan dengan menunjukkan bagaimana John Cena(marine yang dipecat) cuba untuk menyelamatkan isterinya yang telah di bawa ke kawasan paya. Di sebabkan beliau adalah bekas seorang marine, keadaan paya tersebut tidak memberikan masalah kepada beliau. Filem ini penuh dengan aksi-aksi tembak-menembak, tumbuk-menumbuk, letupan dan sebagainya.

Untuk mereka-mereka yang sangat meminat filem aksi, The Marine adalah filem yang seakan-akan cerita-cerita aksi yang lain. Namun kepada peminat John Cena, blerh aa tgk cite ni… hehehe…

Baca juga... « halaman sebelumnya...halaman seterusnya... »

Carian



RSS Feed


Delivered by FeedBurner


15 Artikel Terkini


Kategori


Arkib


Eizil Support Center

Eizil Support Center Add to Technorati Favorites