Harini tadi neomick ada tanya pasal flash audio player yang aku pakai kat dalam entri superman sebelum ni. Sebenarnya benda tu aku guna plugin audio player dari 1pixelout. So kepada yang tercari-cari macam mana nak guna benda alah ni, aku kongsi aa kat sini untuk semua.. hehehe… sesaper yang dah tau tu… abaikan jer laa erk…
Audio player ni guna dia untuk kita dengan mudahnya meletakkan audio kedalam entri kita kat dalam blog. maksudnya kalau kita nak letak lagu ke apa ke… takyah aa pepening sangat. Cara nak guna pun mudah jer, kita hanya perlu menggunakan beberapa tag mudah untuk menambah audio di entri kita. contoh adalah seperti di bawah…
1) menggunakan nama fail semata-mata
[audio:namafail_mp3.mp3]
2) menggunakan capaian penuh
[audio:http://www.domainanda.com/kedudukan/fail/namafail_mp3.mp3]
3) juga boleh digunakan untuk meletakkan beberapa fail secara berturutan
[audio:nama_fail_1.mp3,nama_fail_2.mp3,nama_fail_3.mp3]
untuk pilihan pertama, fail-fail audio tersebut perlulah di letakkan di dalam folder yang kita telah set semasa kita memasang plugin Audio player di dalam wordpress kita, secara default, folder audio akan digunakan, folder ini adalah relatif kepada folder wordpress kita.
contoh plugin Audio player ini adalah seperti di bawah…
[audio:superman.mp3]
kita juga boleh mengubah rupa bentuk player kita dengan mengubahsuai warna yang ingin kita gunakan pada panel kawalan Audio player. contoh seperti di bawah:

Semua ini boleh diubah pada panel kawalan Audio player.
Selain itu, setting untuk Audio player ini juga boleh kita khususkan untuk setiap player secara individu dengan menggunakan code tambahan pada entri kita. Contoh seperti di bawah…
[audio:nama_fail_mp3.mp3|option1=value|option2=value]
ini memberikan kemudahan kepada kita untuk mengawal rupa bentuk player kita. senarai option yang boleh kita gunakan boleh di lihat di capaian laman web ini.
Cara untuk memasang plugin Audio player ini juga begitu mudah, kita hanya perlu memuat naik fail-fail di dalam folder Audio player ini ke dalam wp-content. Rupa susunan fail setelah di muat naik adalah seperti berikut.

kemudian tambah folder untuk kita muatkan fail audio, saranan dari pihak pengeluar adalah untuk menambah folder audio, kita boleh lihat di dalam gambar di atas di mana kedudukan folder audio tersebut. Kemudian kita aktifkan plugin ini di dalam panel admin wordpress kita.
Untuk melihat panel kawalan Audio player, sila pergi ke Option >> Audio Player. Di sini anda akan dapat melihat beberapa setting yang kita boleh pilih untuk audio player kita termasuk warna untuk Audio player kita.
Download Audio player dari laman web ini. Versi terkini adalah versi 1.2.3.
Semoga terhibur…
Anda mungkin meminati artikel berikut
(^^,)



MasyaAllah…!! Ader lagu ke Lirik Superman tu.. Hehe.. Tiap hari aku bukak WP nie tak perasan pun.. Boleh le aku try yekk Ezil.. Nak buh lagu Muna-Muna -Artis Entah (2001).
sial lepak… try jangan tak try…