Website: Pemilihan Warna Gabungan – Colorblender

colorblender

Mungkin ramai yang menghadapi masalah untuk mendapatkan gabungan warna yang serasi untuk reka bentuk laman web. Ini kebiasaannya berlaku terutama kepada webmaster² yang baru berkecimpung dalam bidang ini. Namun ianya bukanlah sesuatu yang menjadi masalah, kerana terdapat cara mudah untuk kita memilih campuran warna tersebut. ColorBlender dapat menyelesaikan masalah anda.

Di ColorBlender anda akan dapat melihat gabungan warna yang sesuai untuk warna asas yang anda pilih. Contohnya anda ingin membina laman web berdasarkan warna biru tua contohnya, namun anda tidak pasti warna apa yang sesuai untuk di gunakan bersama-sama biru tua ini. Caranya, sekadar pergi ke ColorBlender dan pilih warna biru tua sebagai warna utama anda… dan ColorBlender akan memberikan 6 pilihan warna yang sesuai untuk laman web anda. Mari kita lihat contoh seperti di bawah.

colorblender screen

di atas kita dalam lihat contoh bagaimana ColorBlender memberikan contoh gabungan warna yang sesuai untuk warna utama yang kita pilih. dalam contoh di atas, warna cokelat menjadi warna utama dalam pilihan, dan ColorBlender memberikan gabungan warna yang sesuai untuk digunakan bersama-sama warna cokelat itu.

Namun ColorBlender ini bukanlah semestinya tepat 100% dengan apa yang kita reka bentuk, kerana susun atur rekaan kita juga memainkan peranan. Namun ColorBlender adalah tools yang berguna untuk mereka-mereka yang ingin belajar dengan lebih mendalam mengenai reka kreatif laman web ini.

Jangan mudah putus asa, sentiasa mencuba dan belajar benda yang baru dari masa ke semasa, jangan mendabik dada jika kita rasa kita sudah pandai, kerana sememangnya masih ada yang lebih pandai dari kita…

kat bawah ni ada beberapa contoh gabungan warna yang lain…

colorblender screen2

colorblender screen3

colorblender screen4
klik gmbr untuk saiz sebenar

Selamat maju jaya… hehehe…. ;)

Artikel ini ditulis pada Thursday, February 8th, 2007 0:34 di bawah kategori Tips and tricks, Tutorial. Anda boleh mengikuti sebarang maklumbalas mengenai artikel ini dengan melanggan RSS 2.0 feed. Anda boleh menulis komen, atau trackback dari laman anda.

6 Responses to “Website: Pemilihan Warna Gabungan – Colorblender”

  1. korokmu Says:

    aku pakai color schemer
    http://www.colorschemer.com/online.html

  2. eizil Says:

    owhh okay… kira sama aa erk konsep dia…

  3. LePaK Says:

    Aku pakai Color Match dekat web sendiri – http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=ColorMatch hehe..!

  4. Fahmishah Says:

    aku lak pakai otak je..

  5. eizil Says:

    hehehe… kalau ko dah mahir… memang tak perlu pun bebenda ni fahmi… ;) ni sekadar untuk rujukan jer pun… :D

  6. zeyra Says:

    I don’t know what to say.I would say good luck and succes for you!

Leave a Reply