Wordpress: Akismet

akismet

Sejak aku bermula dengan wordpress, aku dah diperkenalkan dengan akismet ni, plugin yang sangat berguna untuk mengasingkan komen-komen spam yang di tambah oleh bot-bot spam yang berkeliaran tanpa henti setiap hari. Hari ni kita akan melihat dengan lebih lanjut bagaimana untuk mengaktifkan plugin ini. Sebelum itu, sejak wordpress 2.0.7 rasanya, plugin ini telah didatangkan bersama-sama di dalam pemasangan asas.

Jika kita ingin mengaktifkan akismet ini, kita perlu mendapatkan Wordpress.com API keys key atau kod kekunci ini boleh kita perolehi dengan mendaftar di laman web API wordpress dan apabila pendaftaran telah berjaya, kita akan dapat melihat API keys ini di laman profail kita, selain ianya akan di emailkan kepada kita semasa pendaftaran di lakukan.

apabila kita telah memperolehi kod kekunci API kita, atau Wordpress.com API keys, bermakna kita telah lengkap untuk mengaktifkan plugin akismet kita. Pergi ke laman Plugins kemudian tekan activate pada plugin akismet. Selepas itu, sila ke Plugins >> Akismet Configuration . Sila masukkan kod kekunci API tadi ke dalam ruang yang sepatutnya. kemudian klik ruangan Automatically discard spam comments on posts older than a month. jika anda mahu akismet untuk memadam semua komen-komen spam secara automatik.kemudian tekan update options.

Sepatutnya anda telah berjaya mengaktifkan plugin akismet anda. Untuk melihat senarai spam komen, anda boleh pergi ke Manage >> Akismet Spam (0) jika komen spam. Nombor di dalam ( ) menunjukkan bilangan komen spam yang telah di halang oleh akismet.

Versi terkini Akismet adalah versi 1.2.1. Kepada yang masih belum memasang Akismet ini, dan menggunakan versi wordpress yang tidak mempunyai akismet semasa pemasangan asas, sila ikut langkah-langkah yang berikut.

  1. Muat turun Akismet 1.2.1 di sini (muat turun >>> Akismet 1.2.1 )
  2. Unzip Akismet 1.2.1.
  3. Muat naik Akismet 1.2.1 ke dalam direktori wordpress anda wp-content/plugins
  4. aktifkan Akismet 1.2.1 seperti yang diterangkan di atas
  5. masukkan kod kekunci API.
  6. Lupakan bahawa komen spam adalah satu masalah.

Semoga artikel ini akan membantu mereka-mereka yang masih belum memasang akismet di dalam wordpress mereka. Lebih banyak artikel mengenai cara pemasangan plugin wordpress akan kita lihat dari masa ke semasa. sekian.

Artikel ini ditulis pada Monday, January 22nd, 2007 15:20 di bawah kategori Tips and tricks, Tutorial. Anda boleh mengikuti sebarang maklumbalas mengenai artikel ini dengan melanggan RSS 2.0 feed. Anda boleh menulis komen, atau trackback dari laman anda.

Leave a Reply