
Mungkin ramai akan ketawa membaca tajuk entri pada kali ini, bagaimana cara terbaik untuk kita meraut pensil? walaupun kita merasakan, meraut pensil ini adalah sesuatu yang dianggap mudah, tapi betul ke cara kita meraut pensil tu ?
Cara terbaik untuk meraut pensil adalah dengan meletakkan pensil dan peraut pada satu garisan lurus, dan pastikan pensil kita tidak condong begitu juga dengan peraut kita. kemudian, tanpa menggunakan kekerasan, pusingkan pensil kita di dalam peraut tersebut. Namun perlu di ambil kira, adalah hasil selepas rautan, kerana jika peraut sudah tidak tajam, ianya akan merosakkan pensil kita.
Berikut antara ciri-ciri untuk mengenalpasti keadaan peraut kita
- Permukaan depan pensil hendaklah licin selepas di raut.
- Lebihan rautan akan lebih panjang dan tidak terputus-putus.
- Mata pensil tidak patah semasa di raut
Jika salah satu daripada yang tersebut di atas tidak ditepati, maksudnya peraut kita sudah agak tumpul, dan seeloknya dibuang… hehehe… Antara langkah-langkah yang baik untuk menjaga peraut pensil kita adalah seperti berikut:
- Pastikan kita sentiasa membersihkan peraut kita selepas digunakan.
- Elakkan menggunakan air untuk membersihkan peraut pensil tersebut.
- Seeloknya ambil berus kecil untuk membersihkan kotoran yang berada pada peraut pensil tersebut.
- Sentiasa simpan peraut pensil kita di tempat yang kering.
- Dan yang terakhir, buang peraut kita selepas ianya disyaki tumpul.
So serba sedikit mengenai peraut pensil pada kali ini. Ini adalah merujuk kepada peraut pensil yang biasa kita guna… dulu harga dia RM0.20 jer, tapi sekarang aku tatau aa… hehehee…. RM1.00 kot… ntah aa… worait… selamat semua.
Anda mungkin meminati artikel berikut
(^^,)



Saje nak bgtau… nama website aku dah ada dalam google and Yahoo! Thanks..!!
PS: Selamat Tahun Baru! Semoga dapat berhijrah ke level yang lebih baik dari tahun lepas. =)