Jan18hb

Bermulanya Kehidupan Baru (ep 1)

Filed Kehidupan

Sejak kebelakangan ini, ku sering ditemani oleh seseorang yang begitu mesra dan memahami kehendak dan keinginan hidup ini, seringkali yang diperkatakan melengkapi apa² yang aku perlukan selaku insan di muka bumi ini. Walaupun perkenalan ini masih dalam tempoh yang singkat, namun terlalu banyak sudah dikongsikan bersama. Dari segenap segi, semuanya dibincangkan, dibicarakan seperti sepasang insan yang memang ingin menjalani hidup bersama untuk selamanya di dunia ini.

Walaupun tiada sebarang perbualan mengenai betapa perhubungan itu akan diteruskan ke tahap yang lebih jauh, namun segalanya seperti telah di susun-susun oleh yang Esa. Perkenalan yang sememangnya hanya atas sebab kebetulan ini, sememangnya memberikan seribu satu makna dalam kehidupanku ini. Semoga ianya akan membuahkan sesuatu yang berharga dalam hidup ini. Sedikit demi sedikit, kerinduan terhadapnya meresapi di dalam emosi ini.

Liuk lentuk bahasanya, tutur bicaranya, sopan santunnya, sifat-sifat yang sungguh menyentuh perasaanku ini. Mungkin ini semua adalah takdir yang akan menjadikan masa hadapan aku lebih ceria dan gembira daripada sebelum ini. Sekiranya perhubungan ini akan diteruskan ke tahap yang lebih daripada perhubungan seorang , akan ku pastikan segalanya adalah seperti yang dirancang, akan ku pelihara sebaik-baiknya perhubungan ini.

Namun siapakah si dia yang telah mengetuk pintu ini untuk di buka dan membenarkannya untuk singgah bertandang di ini? segalanya masih samar-samar di sebalik sebuah kisah yang masih tiada teras yang utuh ini. Berdoalah, semoga ianya akan mengolah sebuah diari baru yang indah di masa hadapan kelak.

——————————————————————–

Selamat pagi semua… hehehe…

Baca juga...

Langgan RSS Feed Eizil.com Menggunakan email

Isi alamat Email anda:

Perkhidmatan oleh FeedBurner


Social Bookmarking
Bookmark to: Mr. Wong Bookmark to: Webnews Bookmark to: Icio Bookmark to: Oneview Bookmark to: Linkarena Bookmark to: Favoriten Bookmark to: Seekxl Bookmark to: Kledy.de Bookmark to: Social Bookmarking Tool Bookmark to: BoniTrust Bookmark to: Power Oldie Bookmark to: Bookmarks.cc Bookmark to: Favit Bookmark to: Bookmarks.at Bookmark to: Newsider Bookmark to: Linksilo Bookmark to: Readster Bookmark to: Folkd Bookmark to: Yigg Bookmark to: Digg Bookmark to: Del.icio.us Bookmark to: Facebook Bookmark to: Reddit Bookmark to: Jumptags Bookmark to: Simpy Bookmark to: StumbleUpon Bookmark to: Slashdot Bookmark to: Propeller Bookmark to: Furl Bookmark to: Yahoo Bookmark to: Spurl Bookmark to: Google Bookmark to: Blinklist Bookmark to: Blogmarks Bookmark to: Diigo Bookmark to: Technorati Bookmark to: Newsvine Bookmark to: Blinkbits Bookmark to: Ma.Gnolia Bookmark to: Smarking Bookmark to: Netvouz
 
Trackback: Trackback This Post


Terdapat 1 komen di dalam Artikel " Bermulanya Kehidupan Baru (ep 1) "

  1. mohdismail  menulis pada 20 January 2007  9:15 -

    jaga baik2…

 

Komen??

Kalau terasa nak komen, silalah isi borang kat bawah tu yer.

Nama (wajib)

Email (wajib)

Laman Web

Mesej

Carian



RSS Feed


Delivered by FeedBurner


15 Artikel Terkini


Kategori


Arkib


Eizil Support Center

Eizil Support Center Add to Technorati Favorites