Jan12hb
PHPNuke 8.0: Cara Pemasangan
Dah lama sebenarnya aku tak jenguk kat phpnuke mesia. So semalam tgh lelepak, aku pun gi aa jejalan kat sana… pastu dok ushaČ aa apa yang patut… hehehe… pastu macam teringin laks nak tulis benda alah ni, walaupun benda ni mudah jer…. tapi ada gak yang tatau kekadang tu.
So aku kat bawah ni penerangan macam mana nak pasang PHP Nuke 8.0 kat dalam hosting kita.
1 ) benda yang kita perlu ada.
- Hosting (tempat kita nak upload kita nyer file phpnuke )
- FTP Client ( boleh aa guna apaČ yang di rasa sesuai, wsftp ke atau sebagainya )
- File PHP Nuke 8.0 ( boleh download kat sini >>> download phpnuke 8.0 )
- Computer dan access internet…
2) so kita mulakan pemasangan php nuke ni.
- Mula-mula kita unzip dulu file phpnuke 8.0 yang kita dah download tadi. kemudian kita buka folder dia. kita akan nampak benda seperti di bawah
- /html
- /upgrades
- /sql
- Addons-Modules.txt
- Blocks.txt
- Changes.txt
- Copying.txt
- Credits.txt
- Install.txt
- Readme.txt
- Support.txt
- Upgrade.txt
- kita akan upload folder /html tu kedalam akaun hosting kita.
- Sila buka FTP client dan connect ke hosting kita.
- Upload semua fail di dalam folder /html ke dalam akaun hosting kita, sila pastikan kita mengupload ke dalam ruang yang boleh dicapai oleh browser; pelbagai server menggunakan setup berlainan, antara nama folder di atas hosting yang biasanya boleh di capai dengan browser ; public_html, httpdocs, htdocs, dll.
- Selepas selesai mengupload folder tersebut. pergi ke http://www.domainanda.com/html/
- anda akan dapat melihat gmbr seperti di bawah

klik gmbr untuk melihat saiz sebenar - Ruang ini akan menunjukkan status file kita, kita perlu menukar mod dua fail utama iaitu config.php dan ultramode.txt. chmod dua fail ini kepada 777
- kemudian tekan next.

klik gmbr untuk melihat saiz sebenar - kita akan dapat melihat lesen yang digunakan oleh phpnuke. kemudian tekan next

klik gmbr untuk melihat saiz sebenar - kita akan sampai ke laman di mana beberapa detail perlu kita isikan.
- Hostname : localhost
- MySQL User Name : Katanama
- MySQL Password : Katalaluan
- MySQL Database Name : Nama database
- kesemua data ini boleh diperolehi daripada akaun hosting kita, jika anda tidak pasti bagaimana hendak memperolehinya, sila hubungi provider hosting anda.
- kemudian tekan next.

klik gambar untuk saiz sebenar - Jika tiada sebarang masalah, anda akan dapat melihat laman seperti gambar di atas. Kemudian isikan nama laman anda contohnya ” Preview Laman Web PHP Nuke 8.0″ atau apaČ yang anda gemar.
- Kemudian tekan next.

klik gambar untuk saiz sebenar - Anda akan sampai ke laman di mana anda perlu mengisi email dan juga password untuk admin di laman web anda. kemudian tekan next

klik gmbr untuk saiz sebenar - Anda akan dapat melihat maklumat admin anda, kemudian tekan view site atau administration.
- Peringatan: Sila pastikan anda memadam folder /install di dalam akaun hosting anda untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.
- Sekian. anda boleh melihat phpnuke 8.0 di capaian laman web ini. http://www.preview.eizil.com/phpnuke/index.php untuk laman utama dan http://www.preview.eizil.com/phpnuke/admin.php untuk ke laman admin.
Maklumat login:
username: admin
Password: 123456
Sekian. sila pastikan anda memasang patch yang sepatutnya kepada phpnuke 8.0 anda.
Baca juga...Social Bookmarking
Trackback: Trackback This Post
Carian
RSS Feed
15 Artikel Terkini
- Setelah sekian lama bercuti
- Ketiadaan elektrik amat menyiksakan.
- Masih berjuang untuk ke garisan penamat
- Game: Pro Evolution Soccer 2009
- Si Tua yang masih menyengit!!!
- Private Profile di Friendster?
- Itu ini begitu begini…
- Localhost Data Viewer on Hotscripts.com
- Peguam lum settle, Polis laks menjelma…
- Raya yang malang….
- Desperate Housewives Season 5
- Resepi: Itik masak merah bermadu
- Pulang ke tanahair…
- Localhost Data Viewer
- Eizil Programming Studio
Kategori
Arkib
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- February 2008
- January 2008
- December 2007
- November 2007
- October 2007
- September 2007
- August 2007
- July 2007
- June 2007
- May 2007
- April 2007
- March 2007
- February 2007
- January 2007
- December 2006
- May 2006
Eizil Support Center



Ada orang perlekeh PHP-Nuke. katanya sekarang tahun 2007…Apa barang PHP-Nuke?
Apa komen sedara/sedari?
Terima kasih.
tak kesah aa tu… setiap orang ada pendapat masing-masing, tak saper pernah larang atau paksa untuk guna apaČ pun jenis script.
eizil.com sendiri memang tak guna PHP-Nuke, tapi tutorial ni untuk sesaper yang terasa nak guna… hehehe… nak perlekeh ke apa ke, itu hak masing, sebab takder skrip yang 100% sempurna dalam alam maya ni.
leh gak liza nk ambik wat untuk projek….ada lg x…? heheheehe
liza cari tutorial php-nuke x jumper la….nk lam malay…
liza nak tutorial mengenai apa erk?
liza nk tutorial n cara pasang php-nuke version lama. nk masuk lam projek la…..arap saudara eizil leh bant2
cara nak pasang phpnuke 8.0 ni macam ipb pulak ek dah canggih
thanks, yah atas artikelnya, di cms , yg tersulit dan sering ada kndalanya adalah phpnuke……
sekali lagi makasih banyak yah……….
Perlekeh PHPNUKE? muahahaha… pepehal pom kalu mau pakai CMS nak kena sendiri customize balik..kalu pandai leh buat customize sendiri lagik bagus..coz kalu itu script dah modified so security ada up sket.. tapi jgn lah dibuang lak copyright CMS tue..kalu orang dah lama main dgn CMS nie sekali pandang dah tau dah engin CMS apa tak gitu kanda Eizil…. muaaahhhss!!!
sdr eizil… kalau free2 tue buatkan la ebook php nuke tue. ramai yg masih newbie nie.x pun bagi la link/source kat mane nak cari tutorial php nuke dlm b melayu.yg lengkap la ok !
salam. keep in touch !!!!
salam bro..lamer xdgr citer..per kabar wahai sifoo ku..da lama menyepikn diri dlm dunia phpnuke nih..hehe..nk kne stadi smula nih..pa per pom..tahniah krn sudi mmbantu ngn wat tutorial nih
Hi….
PHP8 is it same as PHP5?
PHP Nuke 8.0 has nothing to do with PHP 5. PHP Nuke 8.0 is just a script which use PHP as the programming language, and PHP 5 is the language version.
dapatkah anda membantu saya dalam mengupload web
apsal aku nye xkuar ape2..
aku da upload smua file..
bila aku pegi ke http://www.blabla.com/html dia kuar page not found??
ape masalah??